Nachos & Sos Keju
BAHAN- BAHAN:
Nachos (emping jagung)
12 keping keju cheddar
800ml susu segar
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar garam
Serbuk lada putih
Daun bawang
CARA PENYEDIAAN:
- Cairkan mentega didalam periuk, masukkan tepung dan gaulkan sehingga rata, masukkan susu dan serbuk cili.
- Kacaukan sehingga susu menjadi pekat.
- Setelah pekat masukkan kepingan keju.
- Setelah keju cair sepenuhnya masukkan garam, dan lada putih.
- Taburkan daun bawang yang telah dihiris dan hidangkan bersama emping jagung.
Kak anis..hri tu dah try buat..best sgt,,adik saya suka Sgt...trimas Utk Rsepi Tu...
ReplyDelete