Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

Ideal Celebrity Chef (Episode 6): Johor - Puding Ros bersama Kacang Pistacho Gula Hangus

Puding Ros bersama Kacang Pistacho Gula hangus 

Bahan-bahan: 

2 cawan          Susu ideal
4 sudu besar Tepung jagung
1 biji               Telur kuning
1 cawan          Gula
1 sudu kecil   Esen ros
2 titik              Pewarna makanan (Merah)
50 gram         Kacang pistacho
½ cawan        Gula

Cara Menyediakan: 
  • Pukulkan susu ideal bersama dengan telur kuning, 1 cawan gula, esen ros dan pewarna merah dan masakkan diatas api. Pastikan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga likat dan mendidih.
  • Masukkan didalam acuan dan sejukkannya.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan gula dan cairkan gula sehingga keperang-perangan.
  • Matikan api dan kacau sehingga gula menjadi warna gangsa.
  • Tuangkan gula keatas kacang pistacho dan biarkan sejuk.
  • Cincangkan gula bersama kacang pistacho yang telah keras dan taburkan diatas pudding sebelum dihidangkan.

Monday, 5 September 2011

Ideal Celebrity Chef (Episode 5): Melaka - Sagu Gula Melaka


Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan:
1 ½ cawan     Sagu
800 ml            Air
4 helai             Daun pandan
2 sudu            Gula
3 cawan          Susu ideal
1 sudu kecil    Esen Vanilla
300 gram       Gula Melaka
200 ml            Air
                        Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:
  • Rendamkan sagu selama 10 minit dan tapiskan.
  • Didihkan 800ml air bersama dengan daun pandan dan gula.
  • Masukkan sagu dan kacaukan pada api sederhana sehingga sagu bertukar menjadi warna lutsinar.
  • Masukkan sagu didalam loyang dan sejukkannya.
  • Masukkan susu ideal, garam dan esen vanilla didalam periuk dan masak sehingga mendidih dan sejukkan.
  • Gunakan periuk baru untuk didihkan 200ml air, gula Melaka dan juga daun pandan. Masak sehingga likat dan sejukkan.
  • Hidangkan sagu bersama sos ideal dan juga gula Melaka.

Wednesday, 24 August 2011

Ideal Celebrity Chef (Episode 4): Perak - Puding Suji Ipoh White Coffee


Puding Suji Ipoh White Coffee

Bahan-bahan:

2 cawan          Tepung suji
3 cawan          Susu ideal
½ cawan         Serbuk badam
1 cawan          Gula
                        Ipoh white coffee segera
                        Air panas

Cara Menyediakan:
  • Rebuskan susu ideal bersama serbuk badam dan gula. Selepas mendidih, taburkan tepung suji sedikit demi sedikit.
  • Kacaukan sehingga mendidih dan tuangkan kedalam acuan.
  • Simpan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Bancuhkan white coffee bersama air panas. 
  • Tuangkan white coffee kedalam mangkuk bersama pudding suji sebelum dihidangkan

Monday, 15 August 2011

Rasa-Rasa (Episode 7): Dinner Party - Shot Glass Dessert


Shot Glass Dessert

BAHAN-BAHAN:

400 gm Keju Philadelphia
1 tin susu pekat
500 gm buah strawberi (separuh dikisar separuh dicincang)
5 sudu besar gula aising
½ biji jus lemon
3 paket biskut oreo (dibuang aising dan dikisar biskutnya)

CARA PENYEDIAAN:
  • Campurkan jus lemon dan gula aising kedalam buah strawberi yang telah dikisar.
  • Pukulkan keju dengan menggunakan mesin pemukul pada tahap maksimum bersama susu pekat.
  • Setelah sebati campurkan dengan sos strawberi tadi.
  • Taburkan biskut oreo hancur kedalam shot glass (gelas kecil) dan tuangkan sedikit bancuhan keju.
  • Taburkan strawberi yang telah dicincang. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Rasa-Rasa (Episode 6): Kids Party - Cupcake Coklat Chip

Cupcake Coklat Chip

BAHAN-BAHAN:

Kek
250gm tepung gandum
250gm mentega
200gm gula perang halus
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
4 sudu besar sirap maple
4 biji telur
½ cawan susu segar

Aising
500gm krimwell
200gm susu pekat
5 sudu besar sirap maple
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil esen vanilla

CARA PENYEDIAAN:
  • Pukulkan mentega bersama 100gm gula perang sehingga kembang. 
  • Asingkan setelah kembang, dan pukulkan pula telur bersama 100gm gula perang sehingga kembang. 
  • Campurkan serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis kedalam tepung gandum. 
  • Masukkan campuran tepung kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan adunan telur. Gaulkan sehingga sebati. 
  • Masukkan sirap maple dan susu. 
  • Tuangkan adunan kedalam cawan kertas dan bakar selama 15 minit pada suhu 180°C.

Aising:
  • Sambil menunggu kek masak, sediakan aising dengan memukul krimwell menggunakan mesin pemukul pada tahap maksimum selama 5 minit. 
  • Selepas 5 minit masukkan susu pekat, esen vanilla, sirap maple dan serbuk kulit kayu manis, pukulkan sehingga sebati. 
  • Campurkan pewarna pilihan anda dan sedia untuk dihias.
  • Selepas kek siap dibakar tunggu sehingga sejuk sebelum menghiaskan.

Rasa-Rasa (Episode 5): Tea Party - Kuih Seri Muka


Kuih Seri Muka

BAHAN-BAHAN:

Pulut
200gm beras pulut
1 ½ cawan santan
2 cawan air
2 cubit garam

Seri kaya
7 biji telur
2 cawan santan
1 cawan gula
Daun pandan (dikisar bersama air)


CARA PENYEDIAAN:
  • Masakkan pulut didalam periuk bersama air, apabila telah kembang, masukkan santan sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati.
  • Masukkan pulut yang telah dimasak kedalam loyang dan tekankan sehingga padat.
  • Dalam mangkuk yang berlainan, pukulkan telur bersama santan dan gula. 
  • Tapiskan daun pandan yang telah dikisar dan masukkan jusnya kedalam adunan telur tadi. 
  • Tuangkan adunan keaatas pulut dan kukuskan selama 40 minit.


Rasa-Rasa (Episode 4): Pot Luck - Bread Pudding Pisang bersama Sos Vanila

Bread Pudding Pisang bersama Sos Vanila

BAHAN-BAHAN:

Pudding roti

1 buku besar roti putih
5 biji telur
800ml susu segar
½ cawan gula kastor
3 sudu besar tepung custard
100gm mentega
7 biji pisang rastali / emas (dipotong nipis)
4 sudu besar mentega kacang
250gm coklat masakan (dicairkan)

Sos Vanila

1 liter susu segar
5 sudu besar tepung custard
1 biji kuning telur
½ cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila


CARA PENYEDIAAN:

Puding roti
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. 
  • Sapukan sedikit mentega pada loyang. 
  • Sapukan mentega dan mentega kacang pada kedua-dua belah roti dan pontongkan 4. 
  • Dalam mangkuk yang berlainan pukulkan telur, gula kastor, susu segar dan tepung custard sehingga sebati.
  • Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang, selepas susun lapisan pertama susunkan pisang diatas roti dan tuangkan sedikit coklat keatasnya. 
  • Tuangkan pula sedikit bancuhan telur tadi, lakukan langkah sama pada lapisan kedua dan seterusnya dan akhiri dengan lapisan roti bersama coklat dan bancuhan telur tadi.
  • Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit.

Sos Vanila
  • Sediakan sos vanila sambil menunggu pudding siap dimasak. 
  • Pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Masukkan kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan. 
  • Kacaukan sos sehingga pekat dan mendidih. Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama pudding roti.


Rasa-Rasa (Episode 1): Birthday Party - Sticky Date Pudding (Kek Kurma)



Sticky Date Pudding (Kek Kurma)


BAHAN- BAHAN:

250gm Kurma yang telah dibuang biji
1 sudu kecil soda bikarbonat
125gm mentega
1 cawan gula perang halus
3 biji telur
1 ½ cawan tepung naik sendiri
1 ½ cawan air
                 
Sos Butterscotch  
¾  cawan gula perang halus
100gm mentega
1 tin susu sejat
1 sudu besar tepung jagung
      
CARA PENYEDIAAN:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170 °C.
  • Campurkan kurma bersama dengan air dan rebuskan dengan api serderhana. Selepas mendidih padamkan api dan masukkan bikarbonat soda. Biarkan selama 15 minit dan kisarkan bahan rebusan  tadi.
  • Pukulkan mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukulkan sehingga sebati, masukkan tepung dan juga adunan kurma tadi. Tuangkan adunan ke dalam loyang, masukkan loyang tadi ke dalam loyang yang lebih besar dan tuangkan air ke dalam loyang tersebut. Masukkan kedua-dua loyang kedalam ketuhar dan bakar selama 1 jam.
  • Sambil menunggu kek siap dibakar, sediakan sos butterscotch. Masukkan gula dan mentega kedalam kuali leper. Pastikan api sederhana, kacaukan sehingga gula cair. Masukkan susu sejat dan gaulkan sehigga tiada ketulan gula, apabila hampir mendidih perlahankan api dan masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan air. Gaulkan sehingga sos menjadi likat.
  • Selepas kek siap dibakar, hidangkannya bersama krim putar dan sos butterscotch.