Wednesday, 24 August 2011

Ideal Celebrity Chef (Episode 4): Perak - Puding Suji Ipoh White Coffee


Puding Suji Ipoh White Coffee

Bahan-bahan:

2 cawan          Tepung suji
3 cawan          Susu ideal
½ cawan         Serbuk badam
1 cawan          Gula
                        Ipoh white coffee segera
                        Air panas

Cara Menyediakan:
  • Rebuskan susu ideal bersama serbuk badam dan gula. Selepas mendidih, taburkan tepung suji sedikit demi sedikit.
  • Kacaukan sehingga mendidih dan tuangkan kedalam acuan.
  • Simpan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Bancuhkan white coffee bersama air panas. 
  • Tuangkan white coffee kedalam mangkuk bersama pudding suji sebelum dihidangkan

Ideal Celebrity Chef (Episode 4): Perak - Rendang Ayam Ipoh bersama Crepe


Rendang Ayam Ipoh bersama Crepe

Bahan-bahan:

1 ekor                         Ayam (dipotong 12)
7 ulas              Bawang merah (dikisar)
1 biji                Bawang besar (dikisar)
4 ulas              Bawang putih (dikisar)
2cm                 Halia (dikisar)
3 batang         Serai (dikisar)
3cm                 Lengkuas (dikisar)
2cm                 Kunyit (dikisar)
5biji                 Cili padi (dikisar)
4 sudu besar Cili boh
2 sudu besar  Kerisik
1 cawan          Susu ideal
3 helai             Daun kunyit

Cara Menyediakan:
  • Masukkan ayam didalam kuali bersama bahan-bahan yang telah dikisar.
  • Masukkan susu ideal dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan kerisik dan masak sehingga kering.
  • Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
  • Hidang kan bersama dengan crepe.

Crepe

Bahan-bahan:

2 cawan          Tepung gandum
2 biji                Telur
Secubit            Garam
2 cawan          Susu ideal

Cara Menyediakan
  • Pukul telur bersama susu ideal dan masukkan kedalam tepung gandum sedikit demi sedikit, gaulkan sehingga sebati.
  • Masukkan secubit garam.
  • Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak dan tuangkan adunan crepe.
  • Pastikan api tidak begitu panas dan lakukan kangkah yang sama sehingga habis.
  • Hidangkan crepe yang panas bersama dengan rendang.

Ideal Celebrity Chef (Episode 4): Perak - Udang Panggang bersama Sambal Tempoyak


Udang Panggang bersama Sambal Tempoyak

Bahan-bahan:

Udang besar
Serbuk kunyit
Lada putih
50 gram Ikan bilis (dikisar)
2 batang Serai (dititik)
2cm Kunyit hidup (dikisar)
8 biji Cili padi (dikisar)
5 sudu besar Cili boh
6 sudu besar Tempoyak
½ cawan Susu ideal
Garam dan Gula secukup rasa
  
Cara Menyediakan:
  • Perapkan udang bersama serbuk kunyit, lada putih dan garam secukup rasa.
  • Panggangkan sehingga masak.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan cili boh sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kesemua bahan lain dan masak sehingga mendidih.
  • Hidangkan udang bersama dengan sambal tempoyak.

Ideal Celebrity Chef (Episode 3): Selangor - Ayam Panggang ala Ayam Golek


Ayam Panggang ala Ayam Golek

Bahan-bahan:

12 ketul Peha ayam
1 ½ cawan Susu ideal
7 sudu besar Cili boh
3 batang Serai (dikisar)
8 biji Bawang merah (dikisar)
6 ulas Bawang putih (dikisar)
2 cm Halia (dikisar)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Menyedikan:
  • Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam kuali, kecuali ayam.
  • Kacaukan sehingga bahan-bahan tersebut menjadi likat.
  • Apabila likat, matikan api dan perapkan ayam didalam kuah tersebut.
  • Panggangkan ayam menggunakan arang sehingga masak. 

Ideal Celebrity Chef (Episode 3): Selangor - Pasta bersama Seafood Rendang


Pasta bersama Seafood Rendang

Bahan-bahan:
Kupang (dicelur)
Udang besar (dicelur)
Sotong (dicelur)
1 tin Susu ideal
3 sudu besar Cili boh
3 sudu besar Kerisik
4 sudu Gula Melaka (dikisar)
5 biji Cili padi (dikisar)
3 cm Halia (dikisar)
3 batang Serai (dikisar)
6 ulas Bawang putih (dikisar)
2 biji  Bawang besar (dikisar)
Daun kunyit
Daun limau purut

Cara Menyediakan:
  • Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali makanan laut kedalam kuali.
  • Masak sehingga kuah menjadi kering.
  • Masukkan kupang, udang dan sotong kedalam kuali.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Hidangkan rendang bersama pasta pilihan anda.