Monday 15 August 2011

Rasa-Rasa (Episode 1): Birthday Party - Sticky Date Pudding (Kek Kurma)



Sticky Date Pudding (Kek Kurma)


BAHAN- BAHAN:

250gm Kurma yang telah dibuang biji
1 sudu kecil soda bikarbonat
125gm mentega
1 cawan gula perang halus
3 biji telur
1 ½ cawan tepung naik sendiri
1 ½ cawan air
                 
Sos Butterscotch  
¾  cawan gula perang halus
100gm mentega
1 tin susu sejat
1 sudu besar tepung jagung
      
CARA PENYEDIAAN:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170 °C.
  • Campurkan kurma bersama dengan air dan rebuskan dengan api serderhana. Selepas mendidih padamkan api dan masukkan bikarbonat soda. Biarkan selama 15 minit dan kisarkan bahan rebusan  tadi.
  • Pukulkan mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukulkan sehingga sebati, masukkan tepung dan juga adunan kurma tadi. Tuangkan adunan ke dalam loyang, masukkan loyang tadi ke dalam loyang yang lebih besar dan tuangkan air ke dalam loyang tersebut. Masukkan kedua-dua loyang kedalam ketuhar dan bakar selama 1 jam.
  • Sambil menunggu kek siap dibakar, sediakan sos butterscotch. Masukkan gula dan mentega kedalam kuali leper. Pastikan api sederhana, kacaukan sehingga gula cair. Masukkan susu sejat dan gaulkan sehigga tiada ketulan gula, apabila hampir mendidih perlahankan api dan masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan air. Gaulkan sehingga sos menjadi likat.
  • Selepas kek siap dibakar, hidangkannya bersama krim putar dan sos butterscotch.


No comments:

Post a Comment