Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan
2 cawan Beras basmathi
1 ½ cawan Susu ideal
1 cawan Air
5 sudu besar Minyak sapi
Daun pandan
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
8 biji Bawang merah (dikisar)
7 ulas Bawang putih (dikisar)
6 biji Buah keras (dikisar)
2 cm Halia (dikisar)
Pewarna kuning, merah dan hijau
Cara Menyediakan
- Cairkan Minyak sapi didalam kuali dan tumiskan daun pandan, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumiskan sehingga harum.
- Matikan api. Masukkan beras, susu ideal dan air didalam periuk nasi.
- Masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
- Masak nasi menggunakan rice cooker.
- Setelah nasi masak, titikkan pewarna keatas nasi ditempat yang berlainan. Biarkan selama 5 minit dan gemburkan nasi.
No comments:
Post a Comment