Ayam Pachok
Bahan-bahan
1kg ayam bahagian dada (dipotong dadu)
2sudu besar serbuk biji ketumbar
1sudu kecil serbuk Jintan manis
1sudu kecil rempah masak (campuran buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih)
10 biji bawang merah (dikisar)
5sudu besar cili boh
30gm gula nisan/kabung/Melaka
1sudu besar gula
1sudu kecil garam
2 cawan susu ideal
1sudu besar kerisik
Tomato ceri dan Zucchini (untuk hiasan)
Tempurung atau sabut kelapa untuk memanggang
Cara Menyediakan
- Sediakan rempah perapan dahulu. Tumiskan cili boh didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak.
- Masukkan bawang merah, serbuk rempah masak, serbuk biji ketumbar dan serbuk Jintan manis dan tumiskan sehingga harum.
- Masukkan susu ideal, gula, gula nisan, kerisik dan garam. Kacaukan sehingga pekat.
- Sejukkan rempah seketika dan perapkan ayam diadalam rempah selama lebih kurang 15 minit.
- Cucukkan ayam pada lidi satay dan panggangkan menggunakan sabut atau tempurung kelapa sehingga masak.
No comments:
Post a Comment