Masala Meatballs
Bahan-bahan Meatballs:
500gram Daging cincang
1 biji Telur
1 cawan Tepung jagung
5 biji Bawang merah (dicincang)
7 ulas Bawang putih (dicincang)
Secubit Serbuk buah pala
Lada putih dan Garam secukup rasa
Bahan-bahan Sos Masala:
4 sudu Minyak sapi
2 biji Tomato (dicincang)
3cm Halia (dicincang)
7 biji Bawang kecil (dicincang)
4 ulas Bawang putih (dicincang)
1 ikat Daun ketumbar (dicincang)
2 sudu besar Serbuk cili
1 sudu besar Serbuk garam masala
1 cawan Susu ideal
½ biji Jus lemon
Garam, Gula dan Serbuk lada hitam secukup rasa
Cara Menyediakan:
Meatballs.
- Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali tepung jagung kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga lumat.
- Campurkan tepung jagung kedalam adunan dan gaul sehingga sebati.
- Panaskan Minyak didalam kuali dan bentukkan adunan daging bulat mengikut saiz citarasa anda.
- Goreng sehingga garing.
Sos Masala.
- Cairkan Minyak sapi dan tumiskan bahan-bahan yang telah dicincang. Masukkan serbuk cili dan serbuk garam masala. Tumis sehingga harum.
- Masukkan susu cair dan garam dan gula secukup rasa. Masukkan jus lemon dan kacau sehingga sebati. Hidangkan panas.
No comments:
Post a Comment