Showing posts with label Appetizer. Show all posts
Showing posts with label Appetizer. Show all posts

Monday, 5 September 2011

Ideal Celebrity Chef (Episode 5): Melaka - Urap Jantung Pisang


Urap Jantung Pisang

Bahan-bahan:
Udang besar (dikupas kulit)
1 cawan          Susu ideal
½ cawan         air
20 biji                         Bawang merah
5 biji                Belimbing buluh
3 biji                Jantung pisang (bahagian dalam direbus)
1 sudu besar  Belacan
5 biji                Cili padi (dikisar)
1 biji                Limau nipis (diambil jus)
                        Garam dan Gula secukup rasa

 Cara Menyediakan
  • Hiris jantung pisang yang telah direbus dan biarkan sejuk.
  • Rebus air dan juga susu ideal sehingga mendidih.
  • Masukkan belacan, cili padi, limau, belimbing buluh dan daun limau purut.
  • Masak sehingga pekat dan masukkan udang.
  • Apabila udang masak, tuangkan diatas jantung pisang.
  • Sedia untuk dihidang.

Ideal Celebrity Chef (Episode 5): Melaka - Otak-otak


Otak-otak

Bahan-bahan:
1 kg                 Isi ikan tenggiri (dipotong dadu)
500g               Isi udang
2 biji                Telur
10 biji             Buah keras (dikisar)
1 cawan          Susu ideal
3 sudu besar Cili boh
2 batang         Serai (umbut dikisar)
6 ulas              Bawang putih (dikisar)
3 biji                Bawang Merah (dikisar)
1 cm                Lengkuas (dikisar)
1cm                 Kunyit hidup (dikisar)
                        Daun limau purut (dihiris nipis)
                        Daun kunyit (dihiris nipis)
                        Garam dan Gula secukup rasa
                        Daun pisang

Cara Menyediakan:
  • Kisar isi ikan bersama telur, garam dan gula sehingga lumat.
  • Kemudian, masukkan isi udang dan gaulkan sehingga sebati.
  • Panaskan susu ideal didalam periuk dan masukkan buah keras, cili boh, serai, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih.
  • Masak sehingga pekat. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, campurkan bahan ikan yang telah dikisar tadi.
  • Gaulkan sehingga sebati, dan balutkan didalam daun pisang atau tuangkan kedalam mangkuk kecil.
  • Kukus selama 15 minit.

Friday, 19 August 2011

Ideal Celebrity Chef (Episode 2): Pulau Pinang - Tandoori Chicken Skewers bersama Salad & Mint Chutney

Tandoori Chicken Skewers with Salad and Mint Chutney

Bahan-bahan Ayam:

                        Ayam bahagian dada dipotong dadu
                        Lada benggala (capsicum) dipotong dadu
1 tin                Susu ideal
1 biji                Lemon (diperah jus)
10 ulas            bawang putih (dikisar)
4 sudu besar Serbuk cili
1 sudu besar  Garam masala
                        Garam, Gula dan Lada putih secukup rasa

Bahan-bahan Salad campuran:

                        Bawang besar (dipotong bulat)
                        Cili hijau (dihiris kasar)
Seikat              Daun pudina (dikisar)
2 biji                Cili hijau (dikisar)
1 ½ cawan     Susu ideal
3 biji                limau nipis diambil jus
                        Lada putih dan garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

Ayam. 
  • Campurkan susu ideal bersama jus lemon dan Biarkan bersama 10 minit ataupun sehingga susu menjadi likat.
  • Perapkan ayam bersama bawang putih, serbuk cili, garam masala, susu ideal yang telah likat, garam, gula, lada putih secukup rasa.
  • Perap selama 30 minit. Cucukkan ayam yang telah diperap pada lidi sate dan selang selikan dengan lada benggala yang telah dipotong dadu.
  • Panggang ayam menggunakan arang sehingga masak.

Salad Campuran
  • Campurkan susu ideal bersama jus limau. Biarkan selama 2 jam atau sehingga pekat.
  • Susunkan salad campuran bersama bawang besar dan cili hijau.
  • Didalam mangkuk yang lain, campurkan daun pudina, cili hijau, garam, gula, susu ideal yang telah pekat dan lada putih secukup rasa.

Hidangkan bersama ayam dan salad.

Ideal Celebrity Chef (Episode 2): Pulau Pinang - Masala Meatballs

Masala Meatballs

Bahan-bahan Meatballs:

500gram        Daging cincang
1 biji                Telur
1 cawan          Tepung jagung
5 biji                Bawang merah (dicincang)
7 ulas              Bawang putih (dicincang)
Secubit            Serbuk buah pala
                        Lada putih dan Garam secukup rasa


Bahan-bahan Sos Masala:

4 sudu            Minyak sapi
2 biji                Tomato (dicincang)
3cm                 Halia (dicincang)
7 biji                Bawang kecil (dicincang)
4 ulas              Bawang putih (dicincang)
1 ikat               Daun ketumbar (dicincang)
2 sudu besar  Serbuk cili
1 sudu besar  Serbuk garam masala
1 cawan          Susu ideal
½ biji              Jus lemon
                        Garam, Gula dan Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara Menyediakan:

Meatballs.

  • Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali tepung jagung kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga lumat.
  • Campurkan tepung jagung kedalam adunan dan gaul sehingga sebati.
  • Panaskan Minyak didalam kuali dan bentukkan adunan daging bulat mengikut saiz citarasa anda.
  • Goreng sehingga garing.
Sos Masala.

  • Cairkan Minyak sapi dan tumiskan bahan-bahan yang telah dicincang. Masukkan serbuk cili dan serbuk garam masala. Tumis sehingga harum.
  • Masukkan susu cair  dan garam dan gula secukup rasa. Masukkan jus lemon dan kacau sehingga sebati. Hidangkan panas. 

Monday, 15 August 2011

Rasa-Rasa (Episode 6): Kids Party - Kentang disaluti Keju & Badam


Kentang disaluti Keju & Badam

BAHAN-BAHAN:

7 biji Ubi kentang (direbus)
1 batang Lobak merah (direbus)
½ cawan susu segar
Keju mozzarella (disagat)
Kepingan badam
Tepung gandum
Telur
3 biji bawang putih (dikisar)
Lada putih
Garam

CARA PENYEDIAAN:
  • Lenyekkan ubi kentang bersama lobak merah, dan campurkan susu, sedikit garam dan lada putih. 
  • Bentukkan adunan ubi kentang seperti begedil. 
  • Celupkan dengan tepung, kemudian celupkan dengan telur yang telah dipukul dan dicampurkan dengan bawang putih, lada putih dan garam dan salutkan dengan keju dan badam.
  • Gorengkan menggunakan sedikit minyak sehingga badam keperangan.

Rasa-Rasa (Episode 3): Grillin & Thrillin - Salad Timun Yogurt

Salad Timun Yogurt

BAHAN-BAHAN:

2 biji Timun (dihiris nipis dan dibuang biji)
3 biji cili hijau (dihiris)
1 biji bawang kuning (dihiris)
200gm yogurt perisa asli
Serbuk lada putih
Garam

CARA PENYEDIAAN:
  • Campurkan semua bahan-bahn yang telah dihiris kedalam sebuah mangkuk. 
  • Masukkan yogurt dan garam dan lada sekucup rasa. 
  • Simpan didalam peti sejuk selama 1 jam dan sedia untuk dihidang.


Rasa-Rasa (Episode 3): Grillin & Thrillin - Cous Cous ala Timur Tengah


Cous Cous ala Timur Tengah

BAHAN-BAHAN:

500gm Cous cous (sejenis bijiri yang dibuat menggunakan tepung suji)
4 sudu besar Mentega
3 sudu besar Herba campuran (kering atau segar)
2 sudu besar Serbuk cili
Bawang putih (dikisar)
Serbuk pati ayam
Sos cili
Kacang gajus
Bawang kuning (dipotong bulat)
800ml Air masak

CARA PENYEDIAAN:
  • Cairkan mentega dan tumiskan bawang putih. 
  • Masukkan herba campur dan kacang gajus. 
  • Masukkan pula serbuk cili dan tumiskan sehingga harum. 
  • Masukkan sos cili dan serbuk pati ayam. 
  • Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih. 
  • Selepas mendidih taburkan cous cous perlahan-lahan dan kacaukan sehingga cous cous serap kesemua air. 
  • Pastikan api perlahan. 
  • Selepas cous cous kembang dan kering tutupkan api dan taburkan bawang. 
  • Kacaukan sekali lagi sebelum dihidangkan.


Rasa-Rasa (Episode 1): Birthday Party - Salad Kentang

Salad Kentang

BAHAN-BAHAN:

10 biji Ubi Kentang (direbus dan dikupas kulit)
1 biji Bawang Kuning (dicincang)
7 ulas Bawang Putih (dicincang)
300gm Daging Cincang
6 sudu besar Mayonis
Daun Bawang (dicincang)
Lada putih
Garam

CARA PENYEDIAAN:


  • Rebuskan ubi kentang sehingga empuk dan buangkan air rebusan, kemudian potong dadu .
  • Tumiskan bawang putih yang telah dicincang didalam kuali leper dengan menggunakan sedikit minyak.
  • Selepas bau harum, masukkan daging cincang.
  • Pastikan daging cincang digoreng sehingga garing.
  • Campurkan daging cincang bersama kentang dan gaulkan sehingga rata.
  • Campurkan mayonis, bawang, daun bawang, lada putih dan garam secukup rasa.
  • Gaulkan sehingga rata dan sedia untuk dihidang.