Cous Cous ala Timur Tengah
BAHAN-BAHAN:
500gm Cous cous (sejenis bijiri yang dibuat menggunakan tepung suji)
4 sudu besar Mentega
3 sudu besar Herba campuran (kering atau segar)
3 sudu besar Herba campuran (kering atau segar)
2 sudu besar Serbuk cili
Bawang putih (dikisar)
Serbuk pati ayam
Sos cili
Kacang gajus
Bawang kuning (dipotong bulat)
800ml Air masak
CARA PENYEDIAAN:
- Cairkan mentega dan tumiskan bawang putih.
- Masukkan herba campur dan kacang gajus.
- Masukkan pula serbuk cili dan tumiskan sehingga harum.
- Masukkan sos cili dan serbuk pati ayam.
- Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
- Selepas mendidih taburkan cous cous perlahan-lahan dan kacaukan sehingga cous cous serap kesemua air.
- Pastikan api perlahan.
- Selepas cous cous kembang dan kering tutupkan api dan taburkan bawang.
- Kacaukan sekali lagi sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment