Deep Fried Stuff Crab with Butter Sauce
Bahan-bahan:
Ketam
Cengkerang ketam (dibersihkan)
800 gram Isi ketam
5 ulas Bawang putih (dikisar)
2 sudu Mentega
5 biji Telur
2 sudu besar Tepung jagung
Lada putih dan garam secukup rasa
Minyak masak
Sos Butter:
5 sudu besar Mentega
10 ulas Bawang putih (dikisar)
5 biji Cili padi (dicincang)
1 tangkai Daun kari
1 tin Sudu ideal
Lada putih, Garam dan Gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
- Cairkan mentega didalam kuali dan tumiskan bawang putih, tumis sehingga keperang-perangan dan masukkan isi ketam dan goreng seketika.
- Masukkan lada putih dan garam secukup rasa.
- Pukulkan telur bersama tepung jagung.
- Masukkan isi ketam tadi kedalam cengkerang dan tuangkan sedikit bancuhan telur.
- Gorengkan didalam minyak panas sehingga telur dimasak.
Sos butter
- Cairkan mentega dan tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi.
- Masukkan susu ideal, lada putih, garam dan gula secukup rasa.
- Hidangkan sos bersama ketam.
No comments:
Post a Comment