Ayam Panggang
BAHAN-BAHAN:
Ayam yang belum dipotong
7 biji Bawang merah dikupas kulit
5 biji Bawang merah (dikisar)
1 labu Bawang putih (dikisar)
1 sudu besar Lada hitam (dikisar)
1 batang Herba Rosemary (dicincang)
8 sudu besar Sos barbeque
1 sudu besar Serbuk cili
1 sudu besar Mustard
3 sudu besar Madu
Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
- Pastikan ayam dibersihkan dahulu, kemudian panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
- Campurkan semua bahan-bahan lain kedalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
- Sapukan bahan-bahan perap di luaran ayam dan dibawah lapisan kulit. Masukkan ayam kedalam ketuhar selama 15 minit.
- Selepas minit ke 15 keluarkan ayam dan sapukan bahan-bahan perapan keatas ayam sekali lagi, masukkan ayam ke dalam ketuhar selama 15 minit dan lakukan langkah tersebut sekali lagi.
- Selepas 45 minit keluarkan ayam dari ketuhar dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment