Monday 15 August 2011

Rasa-Rasa (Episode 4): Pot Luck - Bread Pudding Pisang bersama Sos Vanila

Bread Pudding Pisang bersama Sos Vanila

BAHAN-BAHAN:

Pudding roti

1 buku besar roti putih
5 biji telur
800ml susu segar
½ cawan gula kastor
3 sudu besar tepung custard
100gm mentega
7 biji pisang rastali / emas (dipotong nipis)
4 sudu besar mentega kacang
250gm coklat masakan (dicairkan)

Sos Vanila

1 liter susu segar
5 sudu besar tepung custard
1 biji kuning telur
½ cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila


CARA PENYEDIAAN:

Puding roti
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. 
  • Sapukan sedikit mentega pada loyang. 
  • Sapukan mentega dan mentega kacang pada kedua-dua belah roti dan pontongkan 4. 
  • Dalam mangkuk yang berlainan pukulkan telur, gula kastor, susu segar dan tepung custard sehingga sebati.
  • Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang, selepas susun lapisan pertama susunkan pisang diatas roti dan tuangkan sedikit coklat keatasnya. 
  • Tuangkan pula sedikit bancuhan telur tadi, lakukan langkah sama pada lapisan kedua dan seterusnya dan akhiri dengan lapisan roti bersama coklat dan bancuhan telur tadi.
  • Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit.

Sos Vanila
  • Sediakan sos vanila sambil menunggu pudding siap dimasak. 
  • Pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Masukkan kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan. 
  • Kacaukan sos sehingga pekat dan mendidih. Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama pudding roti.


No comments:

Post a Comment