Monday 15 August 2011

Rasa-Rasa (Episode 5): Tea Party - Kuih Seri Muka


Kuih Seri Muka

BAHAN-BAHAN:

Pulut
200gm beras pulut
1 ½ cawan santan
2 cawan air
2 cubit garam

Seri kaya
7 biji telur
2 cawan santan
1 cawan gula
Daun pandan (dikisar bersama air)


CARA PENYEDIAAN:
  • Masakkan pulut didalam periuk bersama air, apabila telah kembang, masukkan santan sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati.
  • Masukkan pulut yang telah dimasak kedalam loyang dan tekankan sehingga padat.
  • Dalam mangkuk yang berlainan, pukulkan telur bersama santan dan gula. 
  • Tapiskan daun pandan yang telah dikisar dan masukkan jusnya kedalam adunan telur tadi. 
  • Tuangkan adunan keaatas pulut dan kukuskan selama 40 minit.


1 comment:

  1. Anis , akak nak tanya , air untuk kisar pandan , berapa bnyak. teringin nak cuba, kerana bisanya bhg seri kaya dicampur tepung..Anis punya ni istimewa nmpaknya, tntu sedap.akak dah tonton program ini, tapi x sempat nak salin resepi..syukur hari ni dapat resepi...tk.tk

    ReplyDelete