Cucur Udang
BAHAN-BAHAN:
Cucur
Udang kecil
Taugeh
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 ½ cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam
minyak masak
Sos Cicah
300gm ubi keledek (direbus dan dilenyek)
2 sudu besar cili boh
4 biji bawang merah (dikisar)
2 keping asam keping
3 cawan air
garam
gula
biji bijan (digoreng tanpa minyak)
kacang tanah (digoreng dan ditumbuk)
CARA PENYEDIAAN:
Cucur
- Campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan air.
- Gaulkan sehingga sebati dan pastikan tiada ketulan.
- Panaskan minyak didalam kuali.
- Panaskan senduk acuan di dalam minyak, tuangkan sedikit adunan tepung kedalam acuan dan letakkan sedikit taugeh dan udang keatasnya dan gorengkan.
- Apabila masak cucur akan tanggal dari acuan.
Sos Cicah
- Sediakan sos cicah dengan menumis cili boh didalam periuk.
- Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan bawang merah.
- Masukkan air, asam keping, garam dan gula.
- Setelah mendidih masukkan ubi keledek.
- Taburkan bijan dan kacang sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment