Cupcake Coklat Chip
BAHAN-BAHAN:
Kek
250gm tepung gandum
250gm mentega
200gm gula perang halus
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
4 sudu besar sirap maple
4 biji telur
½ cawan susu segar
Aising
500gm krimwell
200gm susu pekat
5 sudu besar sirap maple
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
- Pukulkan mentega bersama 100gm gula perang sehingga kembang.
- Asingkan setelah kembang, dan pukulkan pula telur bersama 100gm gula perang sehingga kembang.
- Campurkan serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis kedalam tepung gandum.
- Masukkan campuran tepung kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan adunan telur. Gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan sirap maple dan susu.
- Tuangkan adunan kedalam cawan kertas dan bakar selama 15 minit pada suhu 180°C.
Aising:
- Sambil menunggu kek masak, sediakan aising dengan memukul krimwell menggunakan mesin pemukul pada tahap maksimum selama 5 minit.
- Selepas 5 minit masukkan susu pekat, esen vanilla, sirap maple dan serbuk kulit kayu manis, pukulkan sehingga sebati.
- Campurkan pewarna pilihan anda dan sedia untuk dihias.
- Selepas kek siap dibakar tunggu sehingga sejuk sebelum menghiaskan.
No comments:
Post a Comment