Monday, 15 August 2011

Rasa-Rasa (Episode 6): Kids Party - Mini Burger


Mini Burger

BAHAN-BAHAN:

Bun kecil
Timun (dipotong nipis)
Kepingan keju
Mayonis
Mentega
Tomato (dipotong nipis)

Isi burger
500gm daging cincang
2 biji bawang besar (dicincang)
7 biji bawang putih (dicincang)
3 sudu besar sos bbq
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil herba campur
garam
4 biji telur
300gm serbuk roti

CARA PENYEDIAAN:
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu, masukkan herba campur, sos bbq, sos tomato, lada hitam dan serbuk cili.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalam daging cincang. Gaulkan sehingga rata. 
  • Masukkan telur dan serbuk roti. 
  • Bentukkan adunan burger dan gorengkan mengunnakan sedikit minyak sehingga masak.
  • Susunkan burger dengan bun, sayuran dan keju.

No comments:

Post a Comment