Puding Ros bersama Kacang Pistacho Gula hangus
Bahan-bahan:
2 cawan Susu ideal
4 sudu besar Tepung jagung
1 biji Telur kuning
1 cawan Gula
1 sudu kecil Esen ros
2 titik Pewarna makanan (Merah)
50 gram Kacang pistacho
½ cawan Gula
Cara Menyediakan:
- Pukulkan susu ideal bersama dengan telur kuning, 1 cawan gula, esen ros dan pewarna merah dan masakkan diatas api. Pastikan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga likat dan mendidih.
- Masukkan didalam acuan dan sejukkannya.
- Panaskan kuali leper dan masukkan gula dan cairkan gula sehingga keperang-perangan.
- Matikan api dan kacau sehingga gula menjadi warna gangsa.
- Tuangkan gula keatas kacang pistacho dan biarkan sejuk.
- Cincangkan gula bersama kacang pistacho yang telah keras dan taburkan diatas pudding sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment