Monday 15 August 2011

Rasa-Rasa (Episode 4): Pot Luck - Nasi Jagung


Nasi Jagung

BAHAN-BAHAN:

1 biji bawang besar (dikisar)
1 biji cili hijau (dikisar)
4 biji buah keras (dikisar)
2 sudu besar kas-kas (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
5 biji bawang merah (dihiris)
2cm halia (dihiris)
4 batang serai (dititik)
3 sudu besar minyak sapi
2 tin susu sejat
2 cawan air
4 cawan beras basmathi
1 tin jagung
Saffron
1 sudu besar serbuk cili
Serbuk pati ayam
Daun bawang
Garam
Gula

CARA PENYEDIAAN:
  • Kisarkan bawang besar, cili hijau, buah keras, kas-kas, dan bawang putih sehingga lumat.
  • Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk nasi. 
  • Campurkan air dan susu sejat.
  • Dengan menggunakan periuk leper, cairkan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, halia dan bahan-bahan yang telah dikisar. 
  • Tumiskan sehingga bau harum. 
  • Masukkan serai, serbuk cili, jagung, garam, gula dan pati ayam.
  • Campurkan bahan-bahan yang telah ditumis kedalam periuk nasi, selepas nasi siap dimasak taburkan baun bawang yang telah dihiris sebelum dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment