Monday, 5 September 2011

Ideal Celebrity Chef (Episode 5): Melaka - Ayam Goreng Rempah


Ayam Goreng Rempah

Bahan-bahan: 
10 ketul          Peha ayam
8 ulas              Bawang merah (dikisar)
6 batang         Serai (dikisar)
8 biji                Buah keras (dikisar)
2 cm                Belacan (dikisar)
3 cm                Lengkuas (dikisar)
6 sudu besar  Cili boh
½ cawan         Air
2 cawan          Susu ideal
                        Serbuk kunyit
                        Gula dan Garam secukup rasa
                        Minyak masak

Cara Menyediakan:
  • Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam dan gorengkan sehingga garing.
  • Panaskan kuali dan masukkan kesemua bahan yang telah dikisar serta cili boh, air dan susu ideal.
  • Biarkan sehingga pekat dan pecah minyak.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacaukan sehingga kering.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

No comments:

Post a Comment